KHASIAT HERBA DARI ROSELLE KERING, BUNGA ROS KERING, PERIA KERING, KURMA, HALIA DAN TEH HIJAU
Saya telah mencuba berbagai produk herba untuk menurunkan berat badan,tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Pil herba juga telah saya gunakan, namun hasilnya tetap sama. Kesan sampingan yang sering saya alami ialah pening, panas badan yang beerlebihan, tonsil bengkak dan kesukaran membuang air kecil. Bagi penggunaan teh herba pelansing pula, setelah menggunakannya, biasanya saya akan mengalami cirit-birit yang berterusan, najis cair, kulit menjadi kering dan semakin gelap serta tidak selesa.
Akhirnya saya meggunakan cara sendiri dengan merebus roselle kering, bunga ros kering,peria kering,kurma,halia,teh hijau, dan kaktus kering untuk dijadikan minuman merampingkan badan. Hasil dari itu saya berjaya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan yakin dengan bahan yang dihasilkan sendiri dari dapur saya. Saya menjadi semakin segar dan cergas, kulit semakin berseri hasil gabungan roselle dan ros kering serta tidak mengalami cirit-birit hasil gabungan peria kering dan kurma.
Kebanyakan barangan yang telah dikeringkan tersebut boleh didapati darikedai ubat herba cina. Saya tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan herba atau yang lainnya yang tidak begitu jelas kandungan didalamnya. Dengan merebus dan mengadun sendiri ramuan tersebut, saya dan keluarga dapat menikmati hasil tumbuhan alam semulajadi yang penuh dengan khasiat tanpa ragu-ragu dan seluruh ahli keluarga saya menggunakannya tanpa risau dan bimbang kerana ia adalah minuman kesihatan hasil buatan sendiri.
December 8, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: rasari . Comments: Leave a comment